Sunday, May 16, 2010

Kelebihan Cuping Telinga Besar :)

Salam semua..Yeah.. Entry kali ni mengisahkan tentang kelebihan cuping telinga besar. Kepada sesiapa yang bercuping telinga besar tuh, usah malu dan usah merendah diri kerana ini adalah kelebihan dan kekuasan yang Tuhan berikan kepada kita. Hehe

Kisah ini terjadi kepada seorg budak di China di mana dia terjatuh dari flat yang didiaminya.Ikuti kisah tersebut di bawah ini dimana terjatuhnya budak ini di flat tersebut...

MING MING berdoa semasa dia diselamatkan oleh seorang anggota bomba.


BEIJING - Seorang budak lelaki China berusia enam tahun, Ming Ming terselamat daripada jatuh dari flat lapan tingkat di Yichang hanya disebabkan oleh cuping telinganya yang besar menyebabkan dia tersangkut pada palang besi di tepi tingkap, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai cuba menjenguk dari tingkap untuk melihat datuknya yang keluar bekerja pada waktu pagi sebelum dia tergelincir, baru-baru ini.

Namun, Ming Ming bernasib baik apabila kedua-dua belah telinganya tersangkut pada penghadang palang besi menyebabkan dia menjerit dengan kuat untuk meminta pertolongan.


GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan tempat Ming Ming tersangkut pada palang besi. Anggota-anggota bomba kemudiannya bertungkus-lumus menyelamatkan Ming Ming dengan menggunakan sejenis alat pengembang tekanan bagi membesarkan palang besi itu. Dia berjaya ditarik semula ke dalam rumah tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap pasukan bomba, Wang Shen berkata, usaha menyelamat Ming Ming amat menakjubkan.

Menurutnya, budak itu mungkin terjatuh atau mengalami sesak nafas semasa tergantung di palang tersebut.

6 comments:

  1. ohhh..byk hikmah kot cuping telinga besar nih

    ReplyDelete
  2. oh
    mengerikann =(

    ReplyDelete
  3. nasib baik betul la budak tu..ish2..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    hoishh. bahaya!

    ReplyDelete
  5. hihi..Tula kelebihan yang ada kan :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails