Wednesday, June 9, 2010

Video seks 3 artis disiasat

Wahahaaa...Video seks 3 artis disiasat??huhuhu..Itulah dia tajuk kita pada hari ni. Siapakah artis itu??Jeng2..Bukanlah artis Malaysia mahupun Filipina malah artis tersebut adalah dari negara jiran kita iaitu Indonesia..Ittu dddiiaaa..

Ermm..Tulaaa..Sndiri buat sendiri mau tanggung la..Siapa artis tu??haha..Dgr kabarannyaa adalah artis itu ialah panyanyi PeterPan pakk..ayokk..Ariel katanya....Sendiri mau tanggung la pakk..Apa mau buat kan..hehe..

So untuk kepastian ini semua,mari sama-sama kita baca artikel ini...pheeewww~


JAKARTA: Polis melancarkan siasatan terhadap tiga selebriti Indonesia selepas video mereka melakukan seks disebar di Internet. 

Polis dijadual menyoal-siasat tiga selebriti terbabit, penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Ariel, penyampai berita, Luna Maya dan aktres Cut Tari atas tuduhan melanggar undang-undang anti-pornografi.





Klip video itu menunjukkan Nazril melakukan hubungan seks dengan Luna yang juga teman wanitanya dan bekas teman wanitanya, Cut.

Ketua Polis, Ito Sumardi berkata, mereka bakal disoal bagaimana video itu muncul di Internet.

“Kami akan dapatkan kepastian bagaimana video itu menjadi tontonan umum,” katanya.

Luna adalah duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), duta sabun keluaran Unilever.
Cut pula menjadi duta penghawa dingin keluaran Sharp.

Jurucakap Unilever berkata, iklan sabun itu dibekukan pada minggu ini tapi menafikan keputusan itu dibuat akibat penyebaran video seks itu. 

Jika bersalah mereka boleh dihukum penjara maksimum 12 tahun.

Pemimpin Indonesia menegaskan, insiden seperti ini perlu dijadikan alasan kawalan lebih ketat dilaksana terhadap Internet di negara yang didiami 240 juta penduduk itu.

“Hukuman lebih berat perlu dilaksanakan terhadap mereka yang bersalah,” kata Menteri Komunikasi dan Maklumat, Tifatul Sembiring di laman Twitternya.

Skandal itu menjadi antara topik paling hangat dibincangkan di laman Twitter bertajuk Peterporn, mengambil nama sempena kumpulannya.

Beberapa laman menyokong Nazril turut muncul di laman Facebook. - AFP
 
Credit to Harian Metro

P/s : Sendiri mau ingat dong ;)

Tuesday, June 8, 2010

Penceraian Radhi OAG

Sudah lama kita mendengar berita berkenaan kisah kehidupan rumah tangga penyanyi sempoi tersohor di Malaysia iaitu Radhi OAG dan bekas isterinya Shazlin Sharif. Macam-macam la cerita yang Afyrd penah baca tentang kehidupan rumah tangga mereka ini.

Ada yang mengatakan Shazlin ni lesbian lah, slalu pi disco lah..ermm..Macam-macam kan.. So akhirnya mereka bercerai juga. Jodoh kita sudah ditentukan tuhan, so mungkin jodoh mereka hanya seketika dan mungkin juga akan bersambung semula selepas ini. 

So mari kita doakan mereka semoga kehidupan masing-masing berbahagia kehendaknya. Oleh yang demikian mari kita layan berita tersebut...


PETALING JAYA: Akhirnya kemelut yang melanda rumah tangga vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali dengan Shazlin Sharif berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penyanyi itu.

Tepat pada jam 3.05 petang, Radhi, 33, dan Shazlin, 32, yang juga bekas penyanyi kumpulan GIM itu disahkan bercerai talak satu oleh Hakim Syarie Tuan Fazil Che Hasan.

Terdahulu, Shazlin yang diwakili peguam syarie Rubiah Jaffar memaklumkan kepada mahkamah pada 16 Oktober 2009, kedua-dua pihak membuat perjanjian dan menandatangani persetujuan berhubung nafkah edah, mutaah dan nafkah anak.

Radhi diwakili peguam syarie, Musa Awang mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk melafazkan cerai secara baik melalui kebenaran mahkamah.

Menjawab pertanyaan hakim, Rubiah memaklumkan anak guamnya sudah tidak menetap bersama dengan Radhi sejak 2008.

Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan sijil nikah pasangan itu dibatalkan dan perceraian perlu direkodkan di Jabatan Agama Islam Daerah Petaling.
Mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama mereka iaitu Radhi bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM3,000, tiada tuntutan mutaah dikemukakan dan nafkah anak mereka Muhammad Rifdhi Muslim, 5, sebanyak RM460 sebulan.

Radhi juga bersetuju membayar insurans pendidikan RM200 sebulan dan bayaran itu dibuat sebelum atau pada 1 hari bulan setiap bulan.  

Shazlin juga memohon Radhi nafkah perayaan dan hari lahir anak mereka RM1,000 setahun dan dibayar dua minggu sebelum perayaan atau majlis itu.

Radhi ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan kesyukuran kerana kes itu berakhir dengan baik selain turut menyanyi lagu dari album terbarunya.

Sementara itu, Shazlin juga ketika ditemui berkata lega kerana ia berakhir dan apabila ditanya bagaimana perasaannya, dia hanya mengatakan biarlah dia simpan dalam hatinya.

Sumber : Harian Metro

Monday, June 7, 2010

Membuka Pintu Rezeki


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah
Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
 
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah



Celebrity Homes

Hello kawan2.. Yeahh tuk menghilangkan busan ni jom kita tgk rumah2 celebrity kita yg kt oversea nu.. Tudia nak habaq mai rumah semua cantik2 dan besar2 belaka..So jom pakat tgk..layannnn....

Ni rumah John Travolta






Ini pula rumah Halle Berry



Itu pula rumah Oprah Winfrey


J-Lo and Mark Anthony


EDDIE MURPHY




Billy Joel





Hugh Hefner
 

Sylvester Stallone
 


Dan yang ini....Tiger Woods

Hehehehehe.. 

Wednesday, June 2, 2010

Lawak Bodo

Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing


Org kaya I: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh sangat. Kalau tak caye lihat ni…”


Terus dia panggil si Adi orang gajinya.


“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir !! Right Away !!”


Terus dia bergegas kekedai yang ade jual kereta. Orang kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, “tengok kan betul tu?. dia sangatlah bodoh”


Org Kaya II: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.


Terus si org kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”


Ali: “Yes Sir !! Right Away !!” ali pun bergegas ke rumah tuannya.


Orang kaya II memandang temanye sambil ketawa Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu ditengah jalan.


Adi: “Ehh you know, my boss is soooo stupid lah. Dia bagi aku $10 dollar dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup.. “


Ali: “My boss pun stupid dum dum gak. Ada ke dia buleh suh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak..”

Monday, May 31, 2010

Cinta Layang-Layang

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..

Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..
Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..

Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. ... Hidup menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..
Manusia bagaimana? Sehingga sekarang pelbagai cerita yang kurang enak di dengar pada zaman sekarang.

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...
kita manusia..... .???

Hayati .....

Saturday, May 29, 2010

Bilik Terakhir di Penjara Pudu



Kisah dari Penjara Pudu Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR"
adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.


Di "BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu.
Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong,suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.





Tak kurang juga ada di antara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yangberhampiran dengan Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi.


Beliau terdengar seperti tapak kaki sdg blari2 berhampirn bilik tersebut. Ia cuba beranikn diri utk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu sahaja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu..


Oleh kerana ingin tahu ia beranikn juga dri mhampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu tlh btukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikn juga dari memasuki pintu gua yg samar2 itu sambil meninjau2 di dalamnya jika tlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dlm gua tsebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati byk harta karun di dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangn lalu menjelmalah 1 lembaga yg mengerikan seraya berkata, Heyyyyyy manusiaaa. Jgn engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yg punyaaaa.. tp Ahmaaaaaad Albab yg punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yg punyaaaaaa. 

Keh keh kehhhh..




Wednesday, May 26, 2010

Jalan-jalan di Shah Alam

Hello kawan. Uhh..rasanya mata ni macam ada gam. Akan tetapi sempat lagi nk post entry pada arini. Huh pagi tdi da la test ComptiA. So da la test pn agk kureng sket la, then balik tdo je.. Huhu..Penat dowh.. Then lps bgn tdo ptg Afyrd pnya member, Stan ajk plan mlm nk bwat apa.
So plan2 punya plan at last kuar lepak Shah Alam je. Da la tgal pn kt Shah Alam, lepak Shah Alam jgk. Tapi lepak port best gk la. Nk tau di mana?jeng jeng..Jom terjah restoran ni...

Ni dia port Koteaw best. Koteaw kerang n char koteaw best. Yang lain pn ada. Try la..Layan..



Sempat lagi snap..huhu




3 dara pingitan..

Kanak-kanak riang :)

Nice :)

So kalo korang nk taw tmpat ni kt Laman Seri ,Seksyen 13, Shah Alam. So nice place la coz tmpt ni baru lagi. Bole ajak awek or pakwe datang lepak sni. Ehem..So perjalanan seterusnya adalah menuju ke i-City. Yeahh..Ni feveret tmpt2 sape yang suka akan cahaya. Sapa agak2 die tu photographer silalah datang ke tmpt ni coz cntik tuk di snap gambar2nya. hehe..

Stan bajet macho
2 orang Gay..hahaha
Tulenn..Afyrd n Farah..;)
i-City Seksyen 7, Shah Alam

So setakat ni shj pic2 yang bole di upload. Bukan apa..Byk sgt nk upload so kalo nk tgk korang bgi pendrive kt Afyrd meh nk transfer bgi..Hahaha..Sesiapa yang blum jejak Shah Alam boleh la try2 datang. Agak syok gakla kt sini kalo nk ushar awek ke pakwe ke..Hehehe..So njoy your life k :)


P/s: Sori pic x bape clear. Nti tgu sambar dslr satu baru best sket nk tgk pic2 yg di upload.Bilakah boleh mndapat sebuah camera yang dipanggil dslr?huhuu..












Sunday, May 23, 2010

Si Lurus Bendol (24SX)

Pak Mat seorang duda kematian isteri, ada anak nama Bedol yg lurus bendul.Tahap maksima kebendulannya. Pak Mat susah


hati mengenangkan jika dia mati esok siapa nak tengok-tengokkan si Bedol ni. Keputusan diambil untuk mengahwinkan

si Bedol ni dengan seorang andalusia bernama Minah.

Pak Mat:'Bedol!bapak nak kawinkan kau dengan Minah! Setuju tak?'

Bedol:'Ikut suka bapak lah!.Saya ngikut saja',kata Bedol selamba walaupun dia tak tahu apa itu kawin.

Dipendekkan cerita maka berkahwin lah Bedol dengan Minah.

Pak Mat pening memikirkan macammana nak ajar Bedol apa-apa yg perlu dibuat bila tidur dengan Minah sebab

si Bedol ni lurus bendul.

Pada malam pertama sebelum masuk bilik Pak Mat bisik kat Bedol...

Pak Mat:'Bedol! Sebelum tidur kau bukak baju Minah!.

Bedol:'Baik pak!'

Besok pagi masa bersarapan Pak Mat tengok muka Minah masam je lalu sambil berbisik dia bertanya Bedol...

Pak Mat:'kau dah buat macammana yg bapak ajar?'

Bedol:'dah pak! Saya bukak baju dia'

Pak Mat:'Lepas tu kau buat apa?'

Bedol:'Saya tidur'

Pak Mat garu kepala...

Pak Mat:'malam ni lepas kau bukak baju Minah,kau selak kain kau ya!'

Bedol:'Baik pak'

Malam berlalu...beso k masa sarapan pak Mat tengok Minah masam mencuka..

Pak Mat:'Kau buat apa yg bapak ajar malam tadi Dol?'

Bedol:'Dah pak'

Pak Mat:'Kau buat macam mana?'

Bedol:'Lepas bukak baju Minah saya selak kain saya!

Pak Mat:'Lepas tu?'

Bedol:'Lepas tu saya tidur'

Pak Mat merungut-rungut krn kebendulan melampau si Bedol...

Pak Mat:'Bedol!Malam ni lepas kau bukak baju Minah dan selak kain engkau,

kau masukkan anu engkau dalam anu Minah tau!!

Bedol:'Baik pak!'

Besok paginya Minah tak keluar sarapan sebagaimana biasa.Pak Mat tersenyum memikirkan

tentang keberkesanan ajarannya kat Bedol.Tiba-tiba dia nampak Minah dengan wajah yg lagi

masam dr semalam.Dahla macam tu berjalan pun dihentaknya kaki kuat-kuat.

Pak Mat pandang Bedol...

Pak Mat:'kau dah buat macam bapak ajar malam tadi Dol?'

Bedol:'Dah pak!

Pak Mat:'kau buat macam mana?

Bedol:'Saya bukak baju Minah,saya selak kain saya dan masukkan anu saya ke dalam anu Minah'

Pak Mat:'Bagus! Lepas tu?'

Bedol: 'Lepas tu saya tidur'

Pak Mat betul-betul bengang dgn si Bedol..Takkan yg tu pun dia nak ajar jugak...baik dia aja

yg kawin dgn Minah...sehari an dia mundar-mandir mencari idea...last- last idea pun datang dan

dia pun bisikkan kat Bedol.....

Pak Mat:'Bedol!Bapak nak tolong engkau ni tapi bapak tak buleh le sebilik dengan engkau,bapak

kat luar pintu je.Macam ni.lepas kau bukak baju Minah,lepas kau selak kain engkau dan lepas kau

masukkan anu engkau dalam anu Minah kau tunggu bapak bunyikan botol,bunyi pertama kau sorong anu

kau dan bunyi kedua kau tarik anu engkau..begitu lah seterusnya,faham? '

Bedol:'faham pak!janji bapak tolong Bedol ye!!'

Malam menjelang, Bedol dah ready menunggu bunyi botol,Pak Mat kat luar pintu, setelah pasti Bedol

dah bersedia dia pun"TOING" ketukan pertama,Bedol pun sorong,"TOING" ketukan kedua Bedol pun tarik...

begitu la kerja Pak Mat....dia terdengar rengekan dari Bedol dan Minah.dia berasa seronok kerana

berjaya membuatkan Bedol bertindak sbg seorang suami sejati...Lasy- last dia terdengar Bedol menjerit...

apa yang dijeritkan tu!!KUENG KUENG KUENG

Bedol:'Bapak! !Boleh lajukan ketuk botol tu tak?Apasal lembab sangat?



Pak Mat: #$%^*&)(*_)+++
 
 

Kepenatan di Hari Ahad

Alooo fren2 di luar sana?Ada sihat?..Hari ni saja Afyrd nk tulis entry tuk nk menghilangkan rasa bosan yang melanda diri ni..Urmm x taw nk tulis apa actually coz tringat je kt umah di Kedah. Cita pasal Kedah kali ni saja nk tulis dalam lorhat utara plak..HEhe..

So ampa semua apa khabaq?Tudia nk habaq mai..Sekali lorhat utara keluaq x leh nk bwat apa dah la..hehe.. Harini pagi2 dah bgn awai.. Coz Afyrd ada exam CIDB Wiring Course.. So saja ja amik nk tambah ilmu pengetahuan Bukan apa, at least taw la jgk pasai wiring2 nih. Nama ja budak Elektrik tpi x taw wiring cm x bes nk habaq mai.

So bgn pagi kul 8 da grak dari rumah. Sampai da kul 830 kt seksyen 25. Biasa la jji melayu, katanya nk start 830 at last 9 gk start. Masa depa bagi 5jam 30min tuk siapkn complete wiring n sampai menyala lampu. Sapa x menyala kira failed..Heheh..Tkt gk x nyala..



ni dia progress awal.. 


Still lagi serabut coz x complete lagi. Objective hanya mahu menyala.So nk bwat apa buat cantik2. Alat pn x cukup nk bwat cntik2. Yang satu x besnya panas gila kt sini. Mmg x da kipas, n environment dia mmg mcm dalam bgnan yg baru nk bwat. Mmg koboi abih..Hahahaa..Buat punya buat aku dapat menyiapkan selama 3 jam sahaja..HEhehe..Siap tester tuh datang on switch trus menyala. Alhamdulillah. Selamat n lulus..

taadddaaaa.....


Yahuuu..dah nyala..Bangganya aku..


Dah menyala ok..Hahhaa..tudia ..tapi x dan nk tangkap gambaq sebab yang len dah tgu nak amik mentol. So dan tangkap satu mentol pn jadi laa..
Then balik dengan kepenatan pastu pegi lunch dlu ngn Farah,Dyen,Pana n Jai. Stan plak nk balik mkn kt umah.So x dpt nk join..Ni rakan2 seperjuangan aku semasa amik cidb n degree..Byk lagi kalo nk sebut.(Nama lain tu next entry aku expose k) . Lps mkn smua trus blk umah mandi n rest dan trus tdoq smpai kepetang. Bgn blk blogwalking sket pastu mlm kuaq dinner ngn Farah n Lin.

Kuaq dinner pi ngn depa dapat plak port baru..Best jgk la..ada charkoteaw, nasi kukus,sate,seafood, otak2, n byk lagi la..Mcm2 ada. Kalo haampa nk taw port nih kt seksyen 7 kt Guardian. Then balik umah trus ber09 smpai aku mnulis entry nih..HIhi..So x leh nk merapu panjang sebab aku nk kna bgn awl sperti biasa esk untuk ke kelas 3P aku yang x abis2 lagi. Apa2 pn klas ni mmg best. Thanks to cik Nurhakim..Anda mmg terbaek.



P/s: Sesiapa nk RM200 dgn mudah amiklah sijil CIDB wiring yang aku amik ni. Just attend class mlm selama 4hari then trus amik exam tuk hari berikutnya. Exam amat mudah. Just email me afyrd@yahoo.com kalo berminat. Datng kelas dh dapat RM200.Tq :)..have a nice day..

.








Saturday, May 22, 2010

Lelaki Tercantik di Thailand..Uwww~

Salam semua..Apa khabar anda di luar sana? Yeahh..Afyrd harini penat sehaarian menemani 'kawan' pegi interview di Ampang..Da la x taw jalan n nasib baik ada google map dlm hp.Huh.. Thank to my phone coz byk membantu..Hihi..

Balik pada interview tuh, lepak makan jap n then bosan x taw nk bwat apa pegi la showroom kete. Urm..Byk la kete Afyrd survey mana taw kot2 nti boleh pakai kete bes2..hehe..Org cakap biar impian tu tgi coz dgn impian kita yang tgi tuh membuatkn kta akn berusaha lbh keras lagi..ahhha..Kete apa??jeng jeng..Biarlah rahsia..

So ni bukan nk cite psl kete ke ape ke but saja nk share ngn korg pic2 Lelaki Tercantik di Thailand..uewwwww~..Disebabkan penat2 mcm ni bole la cuci mata sket tuk gambar2 di bawah ni...woot woott...





So bagi golongan lelaki, cantik mana sekalipun mereka adalah LELAKI..Sekali lagi LELAKI kayy..huhu..x dapek den nk nolongnya...Hehehehhe.. :)

Thursday, May 20, 2010

Pantang Wanita Kalau Lelaki Sebegini...

Salam semua..Di hari yang dipanggil penghulu segala hari ni jom kita tgk apa yang membuatkan awek2 di luar sana rimas dgn perangai dan sikap sesetengah lelaki. Kenapa???Nk cakap kenapa pn sbb Afyrd pn lelaki kan..So kalau korang ngorat awek dan x dapat tuh mkin ada sebab kenapa..hehe..anda kajilah sndiri dan di sini Afyrd boleh share beberapa sebab kenapa awek2 di jauh nun yang kunun2 rimas ngn perangai lelaki sebegini..



1.Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


2.Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu,buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu


3.Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.



4.Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.



5.Cakap besarSikap
lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.



6.Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.



7.Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.



8.Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.



9.Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.



10.Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.



11.Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.



12.Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.



13.Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.



Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!Yuhuu..


Related Posts with Thumbnails