Showing posts with label Tips Yang Berguna. Show all posts
Showing posts with label Tips Yang Berguna. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Pantang Wanita Kalau Lelaki Sebegini...

Salam semua..Di hari yang dipanggil penghulu segala hari ni jom kita tgk apa yang membuatkan awek2 di luar sana rimas dgn perangai dan sikap sesetengah lelaki. Kenapa???Nk cakap kenapa pn sbb Afyrd pn lelaki kan..So kalau korang ngorat awek dan x dapat tuh mkin ada sebab kenapa..hehe..anda kajilah sndiri dan di sini Afyrd boleh share beberapa sebab kenapa awek2 di jauh nun yang kunun2 rimas ngn perangai lelaki sebegini..



1.Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


2.Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu,buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu


3.Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.



4.Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.



5.Cakap besarSikap
lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.



6.Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.



7.Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.



8.Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.



9.Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.



10.Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.



11.Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.



12.Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.



13.Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.



Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!Yuhuu..


Monday, May 17, 2010

10 Sahaja Tips Untuk Memikat Lelaki

Hellooo..Pon Ponnn satooo kaleee... Entry kali ni mengisahkan tentang cara2 dan bagaimana untuk memikat si jejaka2 di luar sana. Kepada sesiapa yang belum empunya teman lelaki tuh, silalah cuba tips2 ni.. Kalo yang da ada teman lelaki pn boleee...hehe.. Tpi jangan smpai pakwe korang cari korang blk suda laa ye..hihi..Try la tips ni mana tahu kot2 berkesan kan..hehehe.. yukkk..







1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. -Bak kata pompuan ni kalo senyum je,cair laki beb..:)


2.Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. -Yeah..ini adalah salah satu untuk berjimat cermat apabila khawin nti. So lelaki akan fikir, wahhh ssenang aku nti. x yah makan kt kedai


3.Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. -Ye..kalo pakai tuh,bagi agak kemas sket dan jgn selekeh sgt..Kekadang pakaian tuh boleh menilai diri seseorang.


4.Jujur dan sentiasa merendah diri. -Lelaki mana tak suka pompuan jujur kan walaupun lelaki tu pn kadang2 tak la jujur manapunn..


5.Lakukan apa yang dia suka dan jangan lekukan apa yang dia tidak suka. - Dgr tuh..lakukan apa yang dia suka. Confirm nti nk apa sure dapat..hehe..


6.Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. - Berterus terang tu adalah penting. Apa yang tersirat di hati cakap je,jangan menyimpan perasaan.


7.Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.-Perhhhh..kalo bawa pegi umah mak mentua,sure mak mentua puji abis beb..Berlemah lembut katakan.


8.Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.-Ini paling penting,kalo lelaki tuh bawa jumpa gang2 die ke,makesure kena menesuaikan diri.Jagn asik nk ajk balik je..


9.Jangan terlalu mengokong. -Haaaa..Ni part lelaki paling x suka. Nk pegi mane x bole,itu ini bla..bla..bla..


10.Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.-Yeahh..keikhlasan berinteraksi tuh penting,So memberikan interaksi yang terbaik untuk menampakkn keikhlasan tuh..





P/s: So pada bloggers2 yang membaca nih, kalo rasa semua ini menyenangkan anda, hayatilah dan kalo x menyenangkan anda terpulanglah..Nway njoy ur life k :)
Related Posts with Thumbnails