Tuesday, June 8, 2010

Penceraian Radhi OAG

Sudah lama kita mendengar berita berkenaan kisah kehidupan rumah tangga penyanyi sempoi tersohor di Malaysia iaitu Radhi OAG dan bekas isterinya Shazlin Sharif. Macam-macam la cerita yang Afyrd penah baca tentang kehidupan rumah tangga mereka ini.

Ada yang mengatakan Shazlin ni lesbian lah, slalu pi disco lah..ermm..Macam-macam kan.. So akhirnya mereka bercerai juga. Jodoh kita sudah ditentukan tuhan, so mungkin jodoh mereka hanya seketika dan mungkin juga akan bersambung semula selepas ini. 

So mari kita doakan mereka semoga kehidupan masing-masing berbahagia kehendaknya. Oleh yang demikian mari kita layan berita tersebut...


PETALING JAYA: Akhirnya kemelut yang melanda rumah tangga vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali dengan Shazlin Sharif berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penyanyi itu.

Tepat pada jam 3.05 petang, Radhi, 33, dan Shazlin, 32, yang juga bekas penyanyi kumpulan GIM itu disahkan bercerai talak satu oleh Hakim Syarie Tuan Fazil Che Hasan.

Terdahulu, Shazlin yang diwakili peguam syarie Rubiah Jaffar memaklumkan kepada mahkamah pada 16 Oktober 2009, kedua-dua pihak membuat perjanjian dan menandatangani persetujuan berhubung nafkah edah, mutaah dan nafkah anak.

Radhi diwakili peguam syarie, Musa Awang mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk melafazkan cerai secara baik melalui kebenaran mahkamah.

Menjawab pertanyaan hakim, Rubiah memaklumkan anak guamnya sudah tidak menetap bersama dengan Radhi sejak 2008.

Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan sijil nikah pasangan itu dibatalkan dan perceraian perlu direkodkan di Jabatan Agama Islam Daerah Petaling.
Mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama mereka iaitu Radhi bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM3,000, tiada tuntutan mutaah dikemukakan dan nafkah anak mereka Muhammad Rifdhi Muslim, 5, sebanyak RM460 sebulan.

Radhi juga bersetuju membayar insurans pendidikan RM200 sebulan dan bayaran itu dibuat sebelum atau pada 1 hari bulan setiap bulan.  

Shazlin juga memohon Radhi nafkah perayaan dan hari lahir anak mereka RM1,000 setahun dan dibayar dua minggu sebelum perayaan atau majlis itu.

Radhi ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan kesyukuran kerana kes itu berakhir dengan baik selain turut menyanyi lagu dari album terbarunya.

Sementara itu, Shazlin juga ketika ditemui berkata lega kerana ia berakhir dan apabila ditanya bagaimana perasaannya, dia hanya mengatakan biarlah dia simpan dalam hatinya.

Sumber : Harian Metro

2 comments:

  1. radhi oag ni kaki masjid..dia duk kat Kota Damansara..kawan ak penah keje guard kat area rumah dia..baik tak baik dia, dia belikan makanan untuk guard2 ni...Semoga Allah membalas jasa mulia beliau..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails