Wednesday, May 19, 2010

Gambar Best Di Dasar Lautan

Hello..Ermm..kali ni kita tgk apa sebenarnya best di dasar laut nih..Mmg agak menarik juga afyrd tgk, tpi cuba bayangkan kalau ada ikan jerung ngapp sekalee..huh..takut juga tuh..nway tuk nk santai2 mata jom kita tgk gambar2 best di bawah ni..layannnnnn :)










Cukup tuk nk share pada entry kali ni..heheh..nway have a nice day :)

Tuesday, May 18, 2010

Dialog Hantu

Tersebutlah kisah dua hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,



“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.


Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Hahahahahhaahhaha..

Monday, May 17, 2010

10 Sahaja Tips Untuk Memikat Lelaki

Hellooo..Pon Ponnn satooo kaleee... Entry kali ni mengisahkan tentang cara2 dan bagaimana untuk memikat si jejaka2 di luar sana. Kepada sesiapa yang belum empunya teman lelaki tuh, silalah cuba tips2 ni.. Kalo yang da ada teman lelaki pn boleee...hehe.. Tpi jangan smpai pakwe korang cari korang blk suda laa ye..hihi..Try la tips ni mana tahu kot2 berkesan kan..hehehe.. yukkk..







1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. -Bak kata pompuan ni kalo senyum je,cair laki beb..:)


2.Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. -Yeah..ini adalah salah satu untuk berjimat cermat apabila khawin nti. So lelaki akan fikir, wahhh ssenang aku nti. x yah makan kt kedai


3.Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. -Ye..kalo pakai tuh,bagi agak kemas sket dan jgn selekeh sgt..Kekadang pakaian tuh boleh menilai diri seseorang.


4.Jujur dan sentiasa merendah diri. -Lelaki mana tak suka pompuan jujur kan walaupun lelaki tu pn kadang2 tak la jujur manapunn..


5.Lakukan apa yang dia suka dan jangan lekukan apa yang dia tidak suka. - Dgr tuh..lakukan apa yang dia suka. Confirm nti nk apa sure dapat..hehe..


6.Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. - Berterus terang tu adalah penting. Apa yang tersirat di hati cakap je,jangan menyimpan perasaan.


7.Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.-Perhhhh..kalo bawa pegi umah mak mentua,sure mak mentua puji abis beb..Berlemah lembut katakan.


8.Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.-Ini paling penting,kalo lelaki tuh bawa jumpa gang2 die ke,makesure kena menesuaikan diri.Jagn asik nk ajk balik je..


9.Jangan terlalu mengokong. -Haaaa..Ni part lelaki paling x suka. Nk pegi mane x bole,itu ini bla..bla..bla..


10.Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.-Yeahh..keikhlasan berinteraksi tuh penting,So memberikan interaksi yang terbaik untuk menampakkn keikhlasan tuh..





P/s: So pada bloggers2 yang membaca nih, kalo rasa semua ini menyenangkan anda, hayatilah dan kalo x menyenangkan anda terpulanglah..Nway njoy ur life k :)

Sunday, May 16, 2010

Kelebihan Cuping Telinga Besar :)

Salam semua..Yeah.. Entry kali ni mengisahkan tentang kelebihan cuping telinga besar. Kepada sesiapa yang bercuping telinga besar tuh, usah malu dan usah merendah diri kerana ini adalah kelebihan dan kekuasan yang Tuhan berikan kepada kita. Hehe

Kisah ini terjadi kepada seorg budak di China di mana dia terjatuh dari flat yang didiaminya.Ikuti kisah tersebut di bawah ini dimana terjatuhnya budak ini di flat tersebut...

MING MING berdoa semasa dia diselamatkan oleh seorang anggota bomba.


BEIJING - Seorang budak lelaki China berusia enam tahun, Ming Ming terselamat daripada jatuh dari flat lapan tingkat di Yichang hanya disebabkan oleh cuping telinganya yang besar menyebabkan dia tersangkut pada palang besi di tepi tingkap, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai cuba menjenguk dari tingkap untuk melihat datuknya yang keluar bekerja pada waktu pagi sebelum dia tergelincir, baru-baru ini.

Namun, Ming Ming bernasib baik apabila kedua-dua belah telinganya tersangkut pada penghadang palang besi menyebabkan dia menjerit dengan kuat untuk meminta pertolongan.


GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan tempat Ming Ming tersangkut pada palang besi. Anggota-anggota bomba kemudiannya bertungkus-lumus menyelamatkan Ming Ming dengan menggunakan sejenis alat pengembang tekanan bagi membesarkan palang besi itu. Dia berjaya ditarik semula ke dalam rumah tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap pasukan bomba, Wang Shen berkata, usaha menyelamat Ming Ming amat menakjubkan.

Menurutnya, budak itu mungkin terjatuh atau mengalami sesak nafas semasa tergantung di palang tersebut.

Pengalaman Hari Guru :)

Salam semua..Huh sempena hari guru ni teringat afyrd masa kecik2 dulu. Time tu darjah 6 n pengalaman yang x boleh nk dilupakan ialah kena penampar ngn cikgu n kna lucut jawatan pengawas.

Ceritanya bermula begini, pada pagi tu kitorg ada lawan bola. So team afyrd ni kira team senior kt sekolah lawan ngn team pelapis. Team pelapis ni team yang under kelolaan cikgu dimana team ni akn mewakili sekolah pada tahun hadapannnya. So pagi tu kitorg ada match antara team senior ngn team pelapis. Lwan punya lawan smpai membawa ke minit penalti. Kiranya seri la. So sepak punya sepak ditakdirkan team kitorg kalah.


So bila kalah biasalakan. Ada dendamnya.. Uhhh mana boleh team senior kalah. So disebabkan afyrd yang agk otai di sekolah, hehe so cm x puas ati la. Kelas kitorg kt ats tingkat 3 so menjerit la sekuat hati kutuk team pelapis ni. "PELAPIS BODOH ,PELAPIS BODOH..." hahaha..jerit siap ketuk2 pinggan lagi coz time hari guru kna bwa pinggan sendiri tuk jamuan. Abis ketuk pinggan smpai pecah. Huhhh.. Pastu cikgu dari bawah da ushar team kitorg n dgn slumbernya dia panggil. "KOrang turun Skang!" uhh...masing2 cuak abis.

Dgn slumbernya afyrd n the gang turun la. Cikgu tu namanya cikgu Wan. Masih lagi afyrd igt namanya.hehe..Pastu apalagi, time kena tnya tuh sorg pn x ngaku n disebabkan afyrd yang kepala time tuh afyrd gk yang kena. Huh apalaa nasib... Pastu cikgu wan x puas ati trus pelempang 2 3 kali. Byak kali gk kot.. Huhu.."dgn serta merta kamu dilucutkan jawatan pengawas!" perhhh..afyrd kna lucut jawatan pengawas.



Abis pada tuh afyrd naik balik ats kelas n time tu member2 pompuan tnya. Awak kenapa firdaus? dgn sedihnya menjawab kna lucut pengawas. Time tuh budak2 pompuan x taw coz diorg sibuk ngn netball diorg. Lps main baru diorg taw kejadian tu. Sume simpati kot. Huhu..N kesimpulannnya tgh hari time nk balik tuh afyrd jmpe personal ngn cikgu wan coz cikgu wan juga merupakan cikgu disiplin kt sekolah tu. So mintak maaf n smpai nangis2..Huhuh..Takot nti parent taw. So kejadian pada hari tersebut mengecohkan dan hari guru pada tahun tersebut afyrd menyambut dgn hambar.

P/s : Lps 3 minggu selepas tu afyrd dilantik semula manjadi pengawas disebabkan reputasi yg cemerlang yang afyrd tjukkan..Maafkan daku wahai cikgu n SELAMAT HARI GURU ;)

Related Posts with Thumbnails